BEGEDIL IKAN TILAPIA BERHERBA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

3 keping isi ikan tilapia

1 sudu kecil Pes Tomyam

Garam & gula secukup rasa

 

 BAHAN KISAR

5 tangkai cili api

1 tangkai cili merah

5 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

4 cm halia

3 batang serai

5 biji buah keras

 

BAHAN B

2 keping tauhu – lecek halus

½ cawan serbuk kentang

¼ cawan air

 

BAHAN HIRIS

2 helai daun kunyit

2 helai daun limau purut

3 helai daun kesum

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lecek isi ikan talapia dan ketepikan.
  2. Satukan bahan kisar dengan bahan B, gaul sebati.
  3. Masukkan bahan hiris dan pes tomyam.
  4. Akhir sekali, masukkan isi ikan talapia. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Adunan tadi dibulat-bulatkan dan dicelup dengan telur dan goreng seperti biasa.

           

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan