BAHAN
500 gm ubi keledek
50 gm gula
20 gm mentega
60 ml krim masakan
2 biji telur kuning
5 ml esen vanila
1 sudu kecil air
1 sudu kecil serbuk buah pala
100 gm keju mozzarella
Hirisan parsli
CARA
- Keledek yang telah bersih dan dibuang kulit, direbus selama 15 minit. Angkat dan tuskan.
- Ambil isi keledek masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula, garam, krim masakan, kuning telur, esen vanila dan serbuk buah pala. Gaul sebati.
- Bahagikan doh kepada 4 bahagian, gunakan acuan pai saiz sederhana. Masukkan keju mozzarella di bahagian asas dan hirisan parsli . Kemudian adunan keledek yang dipadatkan bersama.
- Sapukan sedikit kuning telur di permukaan, bakar pada suhu 175⁰C selama 5 hingga 7 minit.