BAHAN:
3 batang asparagus
3 kepingan daging salai
3 tangkai kucai
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
20 gm mentega
2 keping pastri paf
1 biji telur – sapuan
Sedikit minyak
CARA
- Balut kemas asparagus dengan daging salai. Kemudian selitkan pencungkil gigi.
- Panggang di atas pan dengan sedikit minyak, separuh masak sahaja diperlukan. Angkat dan ketepikan.
- Ambil pastri paf, susun jarak asparagus yang telah dipanggang 4 cm, taburkan lada sulah, lada hitam, susun kucai bersama dan sapukan telur.
- Tutup lagi dengan sekeping pastri paf dan tekankan pada ruang sisi asparagus supaya kelihatan mampat. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Keluarkan setelah sejuk, potong memanjang di setiap sisi asparagus. Susun atas dulang pembakar, sapukan telur dan taburkan lada hitam serta lada sulah.
- Bakar pada suhu 180⁰C selama 15 minit.