BAHAN
100 gm kepingan daging salai
6 keping roti putih
2 biji telur
1 labu bawang merah – potong dadu
1 sudu besar kismis hitam/kuning
1 cawan susu penuh krim
Herba campuran segar- marjoram , oregano , thyme dan basil
Sedikit tomato ceri
Sedikit minyak zaitun
Garam dan lada sulah
CARA
- Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar bersama daging salai sehingga masak. Ketepikan.
- Ambil acuan atau loyang yang disukai, carik-carikan roti dan susun.
- Tuangkan susu suam bersama telur, herba campuran, tumisan daging salai.
- Perasakan dengan lada sulah dan garam. Biarkan roti dan adunan meresap seketika. Taburkan tomato ceri dan kismis.
- Bakar pada suhu 175⁰C selama 15 hingga 20 minit.