BAHAN DOH
200 gm tepung gandum
100 gm mentega sejuk
4 sudu besar air sejuk
Secubit garam
Bahan isian Daging
100 gm daging lembu kisar
40 gm cendawan butang – hiris nipis
40 gm lobak merah – potong dadu
40 gm saderi – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang kecil
1 sudu besar lada sulah
½ sudu kecil lada hitam
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Masukkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
- Masukkan air sejuk, sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung, garam dan mentega tadi.
- Uli doh sehingga licin.
- Untuk penyediaan isian: Panaskan mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging kisar dan biarkan seketika.
- Masukkan lobak merah, saderi, dan cendawan butang, lada sulah, lada hitam dan garam. Gaul rata.
- Canai kulit pai setebal 2 cm dan letakkan ia sebagai lapisan bawah dan cucuk sedikit dengan garpu.  Bakar selama 5 hingga 6 minit. Kemudian tuangkan isi pai yang dimasak tadi ke atas pai.
- Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan di atas isi pai sebagai lapisan atas.
- Sapukan sedikit kuning telur yang dicampurkan dengan 2 sudu kecil air untuk mengilatkannya.
- Bakar selama lebih kurang 12 hingga 20 minit atau pada suhu 200C.