BAHAN-BAHAN
600 gm mentega
300 gm gula
7 biji telur
1 sudu kecil vanila
480 gm buah campuran
580 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Gula hangus:
2 cawan gula dan semangkuk air. Panaskan hingga gula hangus.
CARA MENYEDIAKAN
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati
3) Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat
4) Sementara sediakan gula hangus ambil sedikit tepung gandum dan gaul bersama buah campuran tadi.
5) Masukkan gula hangus ke dalam adunan dan akhir sekali masukkan buah campuran (jangan terlalu gaul nanti buah akan mendap)
6) Masukkan adunan ke dalam acuan 11 inci dan kukus selama 4 jam.