BAHAN DOH
200 gm tepung gandum
100 gm mentega sejuk
4 sudu besar air sejuk
Secubit garam
Bahan isian
100 gm daging ayam kisar
40 gm cendawan butang – hiris nipis
40 gm lobak merah – potong dadu
40 gm saderi – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang kecil
1 sudu besar lada sulah
½ sudu kecil lada hitam
½ sudu kecil serbuk cayenne
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN
- Masukkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.
- Masukkan air sejuk, sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi.
- Uli doh sehingga licin. Ketepikan.
- Untuk penyediaan isian: Panaskan mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
- Masukkan lobak merah, saderi dan cendawan butang. Gaul rata.
- Masukkan lada sulah, lada hitam serbuk cayenne dan garam. Gaul rata.
- Canai kulit pai setebal 2 cm dan letakkan ia sebagai lapisan bawah dan cucuk sedikit kulit pai dengan garpu. Bakar selama 5 hingga 6 minit.
- Tuangkan isi pai yang dimasak tadi ke atas lapisan pai yang telah dibakar tadi.
- Canai lagi kulit pai setebal 2 cm dan letakan di atas isi pai sebagai lapisan atas.
- Sapukan sedikit kuning telur yang dicampurkan dengan 2 sudu kecil air untuk mengilatkannya.
- Bakar lebih kurang 12 hingga 20 minit pada suhu 200C.