PAF PASTRI ASPARAGUS MENTEGA LEMON

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

6 keping paf pastri segera

18 batang asparagus

3 sudu besar mentega

1 sudu besar bawang merah cincang

1 biji telur kuning

Sedikit biji popi

 

BAHAN SOS MENTEGA LEMON

1 biji  lemon – ambil jusnya

150 gm mentega – suhu bilik

1 cawan krim segar

Sedikit lada hitam

1 kiub pati ayam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan sesudu minyak masak.
  2. Rebus asparagus selama 4 minit. Angkat, toskan dan sejukkan.
  3. Untuk sosnya, cairkan terlebih dahulu mentega dan kiub pati ayam. Kemudian masukkan perahan lemon.
  4. Perlahan-lahan tuangkan krim segar/krim kasakan dalam kotak dan kacau sehingga mendidih. Masukkan lada hitam tumbuk. Tetapi jangan biarkan ia mendidih terlalu lama.
  5. Kemudian kita sediakan paf pastri segera. Paf sejuk beku kita letakkan atas dulang, dan sapukan kuning telur yang dipukul. Taburkan biji popi dan bakar selama 15 minit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan