BAHAN SALMON
3 keping isi ikan salmon – perap dengan lemon, cuci dan tos
2 keping cendawan portabello – perap dengan minyak zaitun, garam
1 batang terung
1 batang zukini kuning
1 batang zukini hijau
2 biji kentang – rebus dan potong baji
BAHAN SALSA
½ biji avokado – dadu
1 biji tomato – buang biji dan didadu
¼ cawan isi jagung – rebus atau kukus
2 biji limau nipis – perah
Sedikit daun bawang – hiris
2 tangkai cili merah – dadu
Setangkai daun ketumbar – hiris
1 ulas bawang putih – cincang
Garam
Lada hitam
CARA MENYEDIAKAN
- Sediakan salsa terlebih dahulu. Satukan semua bahan salsa dan gaul sebati.
- Isi ikan salmon yang telah dicuci bersih, ditaburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Di atas kuali tahan lekat tuangkan dua sudu minyak zaitun atau minyak masak lainnya, letakkan isi ikan. Biarkan masak sebelah bahagian selama 7 minit dan sebelah bahagian lagi selama 5 minit.
- Kemudian masukkan pula sayuran yang dihiris nipis dan biarkan layu. Ketepikan.
- Akhir sekali masak pula cendawan.
- Kentang digoreng seperti biasa sehingga garing.
- Susun sayuran pada bahagian bawah, diikuti salmon dan cendawan. Enak dimakan dengan salsa.