Restoran makanan barat yang diinspirasikan dari kotaraya New York, NY Steak Shack (NYSS) kini memperkenalkan hampir 60 peratus menu baru. Menu terbaru termasuklah (pilihan daging) Smokehouse Burger, Pulled Beef Sandwich, Sizzling Beef Brisket Steak, Beef Meatballs dan Sizzling Darling Downs Wagyu.
Bagi mereka yang meminati daging atau itik boleh mencuba menu seperti Chicken Tenders, Sriracha Chicken Sandwich dan Duck Chop Pasta. Untuk peminat makanan laut pula jangan lupa untuk mencuba Seafood Board, kombo kepingan ikan dengan sotong dan udang atau boleh mencuba Sizzling Emerald Fish Combo.
Sebagai pembuka selera anda boleh memesan Chicken Caesar Salad. Himpunan daun salad bersama ayam panggang pasti menambahkan selera. Lebih istimewa keju cheddar dan lada hitam akan diparut mengikut selera anda.
Selain itu, Trio Apps yang menggabungkan bebola daging, isi ayam, cendawan dan bawang goreng yang rangup. Hidangan ini diserikan dengan sos Cajun Honey Mustard yang boleh dinikmati untuk dua hingga tiga orang.
Untuk menu utama Lamb Noisette iaitu daging kambing tanpa tulang. Noisette yang diambil dari perkataan Perancis yang membawa maksud bahagian kecil daging terutamanya kambing. Di NYSS kambing di buang tulang dan di gulung kemudian dipotong kecil menghasilkan stik yang lembut dan berjus.
Bermula 1 September sehingga 30 November 2018, anda yang berminat boleh mencuba Wagyu Steak Eating Challenge. Sepanjang tempoh ini anda yang memesan stik waghu di NYSS layak ke cabaran ini. Hanya 10 peserta lelaki dan 10 peserta wanita terpilih ke pertandingan akhir. Hadiahnya membolehkan anda menikmati hidangan stik selama setahun.