PREGO Buddies, Pasta Kering Untuk Kanak-Kanak

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Prego, pakar hidangan pasta, memperkenalkan Prego Buddies, pasta kering pelbagai bentuk menarik yang pertama untuk kanak-kanak. Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli itu didatangkan dalam beraneka bentuk menarik bertemakan sukan serta angkasa bagi membantu para ibu yang sibuk memikat selera anak-anak mereka dengan hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan.

Dengan Prego Buddies, ibu yang sibuk boleh menyediakan hidangan yang mengandungi kebaikan sayur-sayuran untuk anak-anak mereka dan yang paling utama, hidangan ini boleh disediakan dalam hanya 10 minit apabila digandingkan dengan mana-mana sos pasta Prego . Para ibu juga boleh memilih sama ada untuk menambah ramuan kegemaran anak-anak mereka seperti ayam atau tuna.

Menurut Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis, kanak-kanak sememangnya menggemari pasta dan dengan Prego Buddies, pihaknya membantu para ibu menjadikan masa makan anak-anak mereka lebih mudah, menyelerakan dan menyeronokkan.

“Dengan Prego Buddies, hidangan pasta yang lengkap untuk anak-anak boleh disediakan hanya beberapa minit. Oleh itu, ia menjadi pilihan hidangan terbaik yang boleh disediakan oleh para ibu sama ada untuk dinikmati semasa waktu rehat di sekolah, sebagai hidangan rehat selepas waktu sekolah, atau sebagai hidangan tengah hari atau malam yang mudah lagi sedap di rumah,” katanya.

Prego Buddies didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu bentuk bertemakan sukan dan angkasa. Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Prego Buddies boleh didapati di dalam pek 200 gm, pada harga runcit RM2.35 di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Dapatkan beraneka pilihan resipi yang enak serta mudah disediakan di www.pregobuddies.com dan di laman facebook serta Instagram rasmi @pregomalaysia.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan