Please enter banners and links.

Tuvalu – Pulau Yang Bakal Lenyap

Pulau Tuvalu atau lebih dikenali sebagai Ellice Islands, adalah gugusan 9 buah pulau terletak di Lautan Pasifik di antara Hawaii dan Australia. Negara yang berjiran dengan Tuvalu yang mungkin korang pernah dengar adalah seperti Kiribati, Nauru, Samoa dan Fiji.

Keluasan pulau ini hanyalah 26 kilometer persegi dan berada hanya pada 4.5 meter dari aras laut. Dengan keadaan pemanasan global yang semakin meningkatkan paras laut dunia, dijangkakan 50 tahun lagi pulau-pulau tersebus akan lenyap dari peta dunia jika paras laut semakin meningkat.

 

Nauru – Republik Terkecil Dunia

Nauru merupakan republic terkecil di dunia yang dulu dikenal sebagai Pleasant Island (pulau yang menyenangkan). Penduduk negara itu, yang jumlah hanya sekitar 9500 orang dan jumlah pengangguran pula adalah 90%.

Penduduk Nauru hidup di pesisir, sepanjang jalan raya utama yang ukurannya hanya 24 kilometer.

Dengan kelajuan 40km/j, kira-kira setengah jam diperlukan untuk mengelilingi pulau itu.

 

Palau

Republik Palau (juga dieja sebagai Belau) adalah sebuah negara kepulauan di Samudra Pasifik. Negara ini merdeka pada tahun 1994 dari Wilayah Perwalian Kepulauan Pasifik yang diperintah Amerika Syarikat. Mungkin anda pernah melihat kecantikan pulau ini sewaktu menonton Survivor : Palau.

 

Saint Kitt & Nevis

Negara ini merupakan negara yang terkecil di Amerika. Saint Kitts dan Nevis merupakan pulau-pulau pertama di Carribian yang dilawat orang Eropah. Saint Kitts dahulu adalah rumah bagi perkampungan Inggeris, dan Perancis.