BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerapu – belah 2
1sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
BAHAN KISAR :
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 sudu besar cili kisar
1 batang serai
½ cm lengkuas
1 sudu kecil belacan
1 biji tomato
½ cawan air
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil jus asam jawa
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar. Kacau hingga garing.
- Masukkan bahan perasa, air dan jus asam jawa. Kacau selama 10 minit hingga pekat.
- Bakar ikan tadi dengan api arang hingga masak. Kemudian sapukan pes cili tadi. Hidangkan.