BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 10
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
BAHAN KISAR :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah
20 tangkai cili padi
1 biji tomato – cincang kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula melaka
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 batang serai – titik
¼ cawan air
5 helai daun limau purut – koyakkan
CARA MENYEDIAKAN:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, kacau hingga garing.
- Masukkan bahan perasa dan air , kacau selama 5 minit hingga pekat.
- Masukkan ayam tadi dan kacau selama 10 minit hingga masak. Hidangkan