BAHAN –BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji telur
1 cawan badam segar bakar
1 ½ cawan yogurt kosong
½ cawan kacang pain segar bakar
500 gm beras basmathi
500 ml air
Garam secukup rasa
½ sudu kecil lada putih
CARA MENYEDIAKAN:
- Di dalam periuk, masak ayam dengan air yang mencukupi dengan garam secukup rasa selama 3/4jam dengan menggunakan api yang sederhana.
- Di dalam periuk berasingan, masak nasi sehingga masak.
- Di dalam periuk lain kacau yogurt sehingga ia agak licin. Kemudian tambah telur menggunakan api yang sederhana. Tambah air rebusan ayam tadi sehingga pekat dan mendidih.
- Kemudian tambahkan kepingan ayam yang direbus tadi ke dalam sos yogurt, masak pada suhu yang rendah dan tambahkan garam secukup rasa.
- Untuk dihidangkan, nasi diletakkan tengah-tengah manakala kepingan ayam disusun di atas nasi kemudian dituangkan sos yogurt.
- Dihiaskan dengan kacang pain dan badam yang telah dibakar.