BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih – kisar
2 sudu besar minyak masak
100 gm bawang besar dipotong dadu
100 gm lada benggala dipotong dadu
100 gm cendawan dipotong dadu
100 gm seleri dipotong dadu
100 gm dada ayam dipotong dadu
100 gm sosej dihiris
100 gm udang
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
500 gm beras basmathi
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk cili
4 biji tomato dipotong dadu
2 sudu besar pes tomato
600 ml air
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang besar, seleri, oregano, thyme sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes tomato, tomato dan serbuk cili.
- Masukkan air dan ayam, udang dan sosej. Masak sehingga air mendidih dan tambah garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan beras dan kacau sehingga rata, masak sehingga nasi kering. Masukkan lada benggala dan kacau sama rata.