BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kisar
100 gm daging kisar direbus bersama halia
500 gm beras basmathi
500 ml air
250 ml susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar rempah kurma
3 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
1.5 cm halia – mayang
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yang di mayang bersama daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
- Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, rempah kurma masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging kisar.
- Masukkan air rebusan daging, susu cair dan masak sehingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa kemudian masukkan beras dan masak sehingga nasi kering.