NASI REBUSAN KAMBING KUZI BEREMPAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm beras basmathi (basuh dan tos)

500 ml air

250 ml susu cair

3 sudu besar rempah beriani

3 ulas  bawang – mayang

3 ulas bawang putih – mayang

2 helai daun pandan

2 kiub pati ayam

1 batang  kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 batang serai – titik

4 sudu besar minyak sapi

Daun pudina secukupnya

Pewarna kuning secukupnya

Garam secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan daun pandan, bawang, bawang putih, serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga kekuningan serta garing.
  3. Setelah itu tuangkan air, susu cair dan kiub ayam. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih. Tambah garam secukup rasa.
  4. Apabila air mendidih, masukkan beras dan tutup periuk. Biarkan hingga nasi kering dan masak.
  5. Titiskan sedikit pewarna mengikut cita rasa. Gemburkan sehingga sekata.
  6. Akhir sekali masukkan daun pudina.

 

BAHAN-BAHAN KAMBING KUZI:

500 gm paha kambing

100 gm bawang merah dikisar

70 gm  bawang besar dikisar

20 gm  bawang putih dikisar

10 gm halia dikisar

70 gm cili kering dikisar

20 gm serbuk jintan manis

10 gm serbuk jintan putih

10 gm serbuk ketumbar

20 gm daun ketumbar

2 sudu besar  minyak sapi

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 biji bunga cengkih

80 gm tomato puri

50 gm sos tomato

150 ml susu cair

150 ml madu

30 gm kacang gajus

30 gm kismis

Kismis hitam secukupnya

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan puri tomato dan sos tomato.
  3. Setelah itu masukkan paha kambing sehingga masak.
  4. Apabila paha kambing sudah masak masukkan susu cair, madu, daun ketumbar dan tambah garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali tabur kacang gajus, kismis, kismis hitam ke atas kambing.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan