BAHAN-BAHAN
2 genggam ikan bilis
3 labu bawang besar – hiris
20 tangkai cili api
4 papan petai – belah dua
½ cawan tempoyak
Garam dan gula
Serbuk perasa
Minyak
CARA MENYEDIAKAN
1.Goreng ikan bilis dan ketepikan.
2.Tumis cili api hingga masak. Kemudian masukkan petai yang dibelah dua tadi. Masukkan tempoyak, bawang besar dan gaul rata.
3. Rasa garamnya dan letakkan sedikit serbuk perasa. Setelah sebati baru masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.