NASI KURMA MANIS BERGAJUS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

500 gm beras basmathi

500 ml air

250 ml susu cair

3 ulas bawang merah – mayang

3 ulas bawang putih – mayang

1.5 cm halia – mayang

3 helai daun pandan

2 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 biji bunga cengkih

3 biji buah pelaga

12 biji buah kurma

30 gm kacang gajus

Garam secukup rasa

4 sudu besar minyak sapi

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi.
  2. Kemudian tuangkan air, susu dan lenyek kan buah kurma dan masak sehingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan beras dan masak sehingga nasi kering. Kacau sehingga rata.
  4. Hias dengan kacang gajus.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan