NASI TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

350 gm tomato puri

2 cawan beras

3 cawan air

2 sudu besar minyak sapi

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih – hiris

1 cm halia – hiris

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1 sudu kecil garam

 

CARA:

  1. Panaskan minyak sapi.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan juga halia.
  3. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
  4. Apabila naik bau, masukkan tomato puri dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan air dan beras.
  6. Apabila mendidih, angkat dan masak guna periuk elektrik. Biarkan sehingga masak.
  7. Enak dihidangkan bersama ayam masak tomato dan kerabu tomato.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan