SUP TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

3 biji tomato – belas

1 biji kentang – kupas kulit dan belah 4

50 gm krim keju

1 cawan susu cair

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu besar oregano

1 labu bawang besar – cincang

3 ulas bawang putih – cincang

3 sudu besar minyak masak

 

CARA:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan kentang dan tomato.
  3. Perlahankan api, tutup periuk dan biar hingga kentang empuk.
  4. Apabila kentang empuk, masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
  5. Masukkan ke dalam periuk semula.
  6. Masukkan susu cair, garam dan krim keju. Kacau rata.
  7. Angkat dan taburkan serbuk oregano.
  8. Sesuai untuk dimakan begitu saja atau dihidangkan bersama roti atau spageti.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan