1,. Basuh beras basmati dan tuskan airnya. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan mentega dalam periuk nasi. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia serta kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.2. Kemudian masukkan beras dan kacau sehingga sebati.3. Selepas itu masukkan air mengikut sukatan beras dan setelah mendidih masukkan garam cukup rasa.4. Tanak nasi sehingga masak.