NASI PUDINA AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN
3 cawan beras Basmathi
2 1/2 cawan air
1 ½ cawan susu segar
1 cawan daun pudina tanpa tangkai – kisar
Gula dan garam
½ ekor ayam – potong kecil
3 tangkai cili hijau – kisar
1 biji lada benggala – dadu besar
1 tangkai daun pudina

 

BAHAN TUMIS
1 labu bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 sudu besar minyak sapi

 

CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga separuh garing.
2. Masukkan ayam, pudina dan cili hijau kisar.
3. Tumis sehingga ayam kecut. Masukkan gula dan garam.
4. Tuangkan air dan biarkan ayam empuk.
5. Setelah ayam empuk tuangkan susu. Biarkan ia mendidih lagi.
6. Masukkan beras dan kacau sebati. Biarkan ia masak.
7. Setelah air hampir kering masukkan daun pudina dan lada benggala.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan