BAHAN-BAHAN
½ kg udang
4 cawan beras Basmathi
2 cawan air
2 cawan susu segar
½ cawan susu cair
Gula dan garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
BAHAN TUMIS
2 labu bawang besar – hiris
3 kuntum bunga lawang
5 sudu besar minyak mentega/marjerin
4 cm halia – hiris
CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan mentega atau marjerin.
2. Masukkan semua bahan tumis dan tumis sehingga separuh garing.
3. Kemudian masukkan udang, air dan dua jenis susu.
4. Letakkan gula dan garam dan biarkan mendidih.
5. Setelah itu masukkan beras dan tanak seperti biasa.