BAHAN
2 cawan beras basmathi
1 cawan lobak merah – parut
1 labu bawang besar – cincang
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil biji sawi
2 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam masala
¼ cawan gajus
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
3 cawan air
Sedikit daun ketumbar
CARA
- Rendam beras basmathi selama 20 minit. Tuskan.
- Masukkan beras ke dalam periuk bersama air dan kiub ayam. Tanak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak ketepikan seketika.
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis biji sawi, gajus dan cili kering.
- Setelah gajus agak garing, masukkan bawang besar, serbuk kunyit, garam masala dan daun kari.
- Kacau hingga sebati dan masukkan lobak merah yang telah diparut.
- Apabila lobak merah sudah sebati, tutup api. Tuangkan tumisan kedalam periuk nasi yang telah masak. Kacau nasi hingga bercampur dan sebati. Tutup tudung periuk seketika.
- Setelah siap, bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk kegemaran.