BAHAN
500 gm daging
1 kg tulang
3 cm halia – ketuk
5 ulas bawang putih – ketuk
1 batang serai – ketuk
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 helai daun pandan – simpul
1 batang saderi – potong 1/2 inci
1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
1 ketul gula batu
1 ketul kiub ayam
3 liter air
Garam
BAHAN SAMBAL
2 ulas bawang putih – kisar halus
1 labu bawang besar – kisar halus
2 sudu besar gula
1 sudu kecil jus asam jawa pekat
1 cawan cili kisar
Minyak masak untuk menumis
BAHAN MIHUN
1 paket mihun
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit lobak masin – cincang
5 tangkai daun bawang- hiris
5 tangkai daun sup – hiris
Sedikit bawang goreng
CARA
- SUP : Bersihkan tulang dan daging. Reneh bersama buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, daun pandan, saderi, halia, bawang putih dan lada hitam.
- Reneh daging sehingga lembut, masukkan garam, kiub ayam dan gula batu. Jangan lupa buang buih-buih lemak yang timbul di permukaan.
- MIHUN : Rendam mihun, letakkan sedikit serbuk kunyit. Setelah bihun lembut, celur dengan air panas dan tuskan. Hidangkan dengan lobak masin, daun bawang, daun sup dan bawang goreng secukupnya.
- SAMBAL :Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis seketika. Kemudian masukkan asam jawa dan kacau sebati. Apabila sambal telah pecah minyak, masukkan gula dan garam. Sebatikan rasa.