BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmati

6 cawan air

3 sudu besar rempah Kabsah Chef Ammar

4 tangkai cili hijau

7 ulas bawang putih

1 labu bawang Holland – hiris

200 ml minyak zaitun

1 sudu kecil pewarna kuning

Sedikit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Beras basmati dibersihkan dan dituskan airnya.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bawang Holland yang telah dicincang.
3. Apabila bawang sudah hampir layu, masukkan cili padi dan cili hijau. Tumis lagi seketika sehingga cili layu.
4. Kemudian masukkan rempah Kabsah Chef Ammar dan pewarna kuning. Tumiskan seketika.
5. Selepas itu masukkan beras, gaul sebati agar rempah menyerap ke dalam beras.
6. Selepas itu, barulah masukkan air dan tanak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi hampir kering, kacau perlahan-lahan dan kecilkan api.
8. Setelah nasi masak, letakkan minyak sapi di atasnya.
9. Gembur nasi hingga rata, angkat dan hidangkan.