DI BANGI, ADA RM10 PUN BOLEH OPEN TABLE!!!

Betul atau bohong? Kata pemilik, Halizah Mahmood, walau Nasi Ayam dijual dengan harga RM2.90, namun restorannya, Putra Permai Chicken Chop masih mampu mengaut keuntungan setelah ditolak sewa kedai dan gaji pekerja. Wow!

Korang jangan ingat kalau RM2.90, Mee Celup dengan Nasi Ayam dihidangkan dalam kuantiti ‘ciput’ ya! Hidangan dia memang cukup dengan segala perasa. Nasi Ayam pun siap ada salad tau. Mee Celup pula siap ada ketulan ayam yang banyak.

Mendengar sahaja ada satu kedai ‘pelik’ di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, terus SAJI tergerak hati untuk terjah. Memang pelik jika di zaman ‘semuanya duit’ ini masih insan yang bermurah hati membantu mengurangkan tekanan kewangan yang semakin tenat.

Mana tidaknya, walaupun hanya menawarkan enam hidangan iaitu Nasi Ayam, Chicken Chop dan Mee Celup namun kedainya tidak putus-putus dengan pelanggan. Kata Halizah yang berasal dari Kelantan, dia ikhlas untuk bersedekah melalui air tangannya. Biarlah murah, namun semua dapat merasai hidangan di sini.

 

Chicken Chop RM5.00 dapat hidangan lengkap dengan fries dan coleslaw. Sedap pula tu.
Mee celup RM2.90 siap ada ketulan isi ayam. Murah betul!
Nasi ayam RM2.90. Mana nak dapat sekarang ni? Pasar malam pun tak dapat tau!

Kalau macam tu, jika ada RM10.00 di tangan pun masih boleh ‘open table’. Wow…mesti kawan makin sayang…hehe

Kenapa Putra Permai Chicken Chop? Katanya, ramai tersalah anggap menyangka kedainya terletak di Seri Kembangan disebabkan nama Putra Permai itu sendiri. Sebenarnya sebelum ini Halizah membuka restoran di sana, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, restoran terpaksa ditutup. Jadi nama Putra Permai terpaksa dikekalkan untuk memudahkan pelanggan tetap mengenalinya.

Jadi kalau anda waze nama kedai, sila cari Putra Permai Chicken Chop ya.

Turut menyediakan khidmat katering.
Inilah wajah pemilik yang disayangi orang-orang Bangi. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Alamat :

Putra Permai Chicken Chop

20-28, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi – 11.00 malam. Jumaat tutup.

FOTO : NOOREEZA HASHIM