JELI RASBERI QUENELLA

Bahan  mousse:

500 ml coklat masakan

125 gm gula

100 ml susu segar

50 gm gelatin

1 liter krim segar

 

Bahan jeli rasberi:

240 gm puri rasberi

360 gm gula

290 ml air

23 gm serbuk gelatin

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Untuk menyediakan mousse: Krim segar dipukul separuh kembang.
  2. Kemudian cairkan gelatin.
  3. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler kemudian masukkan gula dan susu.
  4. Masukkan krim yang dipukul ke dalam campuran coklat dan gaul sebati dan kemudian masukkan gelatin. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
  5. Untuk menyediakan jeli rasberi, masukkan semua bahan kecuali puri rasberi dan masak sehingga tiada butiran gelatin.
  6. Bahagikan kepada dua adunan, satu yang berwarna putih dan satu lagi gaulkan dengan puri rasberi.
  7. Masukkan ke dalam acuan secara berselang seli. Sejukkan sehingga keras. Hiaskan dengan buah campuran dan mousse.