BAHAN-BAHAN:

180 gm  ikan kerapu

 

BAHAN SOS CENDAWAN

50 gm cendawan butang

1 biji lada hijau

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

 

BAHAN SOS KRIM SAGE

1 sudu besar capers

1 sudu besar krim

1 tangkai daun sage

1 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

3 sudu besar mentega

Garam dan lada sulah

 

BAHAN KENTANG

100 gm kentang US

½ cawan  krim masakan

40 gm putih telur

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Goreng ikan kerapu sehingga keemasan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan sos cendawan. Gaul hingga mesra. Ketepikan.
  3. Dalam kuali lain tumis bahan sos krim.
  4. Untuk kentang, rebus kentang sehingga empuk. Kemudian lenyek, campurkan krim dan putih telur. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas. Bakar selama 20 minit ada suhu 160⁰C. Potong dan hidangkan bersama ikan. Tuangkan kedua jenis sos.