NASI IKAN DAUN KARI – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

450 gm beras basmati- rendam 30 minit

480 ml air

120 ml susu cair

2 sudu besar rempah kari ikan

2 keping ikan tenggiri

1 kiub ikan bilis

1 labu bawang besar – hiris halus

Sedikit minyak sapi

Sedikit garam secukup rasa

 

 

BAHAN SALUTAN IKAN

1 sudu kecil rempah kari ikan

½ sudu kecil serbuk lada hitam

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

 

BAHAN TUMIS

3 ulas bawang merah kecil – tumbuk

2 ulas bawang putih – tumbuk

1 cm halia – tumbuk

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 cm kulit kayu manis

3 tangkai daun kari

 

 

CARA

1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan, kemudian disalutkan dengan bahan salutan ikan. Perap selama 10 minit, sebelum digoreng. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak dan buangkan tulangnya.
2. Panaskan minyak sapi bersama sedikit minyak gorengan ikan tadi. Goreng hirisan bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan tumis, tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan rempah kari ikan, tumis sehingga garing dan wangi.
5. Masukkan air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.
6. Tunggu sehingga mendidih, masukkan beras dan susu cair.
7. Apabila nasi hampir masak, masukkan isi ikan, dan tanak sehingga nasi masak sepenuhnya. Untuk lebih enak, hidangkan nasi dengan bawang goreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan