1. Daging yang telah dibersihkan diperap dengan sedikit kicap soya cair, minyak bijan, sos tiram dan tepung jagung.Goreng daging yang telah diperap di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan ketepikan.2. Campurkan cuka hitam, kicap soya cair, air, sos tiram, kicap pekat, gula perang, sos cili thai dan sos hoisin, kacau hingga sebati menjadikan satu bancuhan sos. Ketepikan.3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia muda, bawang putih dan tiga jenis lada benggala hingga naik bau.4. Kacau hingga sebati dan masukkan campuran sos yang telah dibancuh ke dalam kuali.5. Masukkan daging, bancuhan tepung jagung dengan air, garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam. Kacau sehingga sebati.