SUP TULANG MERAH – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
Sedapnya

HIDANGAN: 10 ORANG

 

BAHAN             

2 kg tulang kaki kambing

1 ketul sup bunjut

½ cawan minyak

3 sudu besar minyak sapi

1 labu bawang besar – hiris

2 sudu besar rempah sup – bancuh dengan air

½ batang saderi – kisar

½ sudu kecil serbuk buah pala

½ cawan tomato puri

½ cawan cili kisar

2 sudu besar kicap lemak

1 ½ sudu besar gula merah

1 sudu kecil pewarna merah

½ cawan bawang goreng

3 liter air

Rempah 4 sekawan

Sedikit garam

 

BAHAN KISAR

½ cm halia – kisar halus

4 ulas bawang putih – kisar halus

8 ulas bawang merah – kisar

8 ulas bawang putih – kisar

1 ½ cm halia – kisar

1/3 batang lobak merah – kisar

8 sudu kecil lada hitam – kisar

 

CARA:

1. Di dalam periuk, reneh tulang kaki kambing sehingga empuk. Ketepikan. Panaskan minyak dan minyak sapi.Tumiskan rempah 4 sekawan dan bawang besar. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
3. Kemudian masukkan lobak merah, saderi dan rempah sup. Kacau sehingga terbit minyak.
4. Selepas itu, masukkan cili kisar dan puri tomato.
5. Diikuti kicap dan kacau rata.
6. Masukkan pula lada hitam, serbuk buah pala, gula merah dan garam serta pewarna merah.
7. Tuangkan tumisan ini ke dalam rebusan sup tulang kaki kambing tadi.
Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan.
Sedapnya

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan