BAHAN
3 cawan beras basmathi
500 gm daging – potong nipis
3½ cawan air
2 sudu besar rempah bukhari
½ cawan susu cair
2 sudu besar sos tomato
½ cawan kismis
2 helai daun pandan – siat dan simpul
1 batang serai – titik
3 cm halia – kisar
5 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – kisar
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit daun pudina
Sedikit daun Ketumbar
Pewarna kuning
Garam dan gula
BAHAN REMPAH
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
CARA
- Panaskan minyak sapi dan minyak jagung, tumiskan bahan rempah, daun pandan, serai sehingga harum.
- Masukkan bawang merah , halia, serai dan bawang putih dan rempah bukhari. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan daging , serbuk pati ayam, air, garam dan gula. Masak sehingga daging betul-betul empuk.
- Setelah daging empuk, masukkansusu cair dan sos tomato. Biarkan ia mendidih seketika.
- Selepas itu, bolehlah masukkan beras basmathi, daun ketumbar dan daun pudina. Tutup rapat periuk, tanak sehingga masak.
- Apabila nasi hampir kering, letak beberapa titis pewarna kuning dan kismis. Tutup kembali periuk dan tanak kembali nasi.
- Setelah nasi masak,terus gemburkan nasi supaya warna dan kismis serata.
- Tabur bawang goreng, daun pudina dan ketumbar. Hidangkan.