BAHAN A
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih – hiris
6 ulas bawang merah – hiris
1 labu bawang besar – hiris
3 cm halia – hiris
½ sudu besar biji jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu besar biji ketumbar
BAHAN B
500 gm daging – potong ikut suka
2 biji kentang – belah empat (jika suka)
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
3 tangkai daun kari
3 tangkai daun pudina
Sedikit kicap masin
Sedikit rempah 4 sekawan
Sedikit gula Melaka
Garam
BAHAN C
3 sudu besar minyak
3 ulas bawang merah – hiris nipis
1 ulas bawang putih – hiris nipis
1 tangkai daun kari
CARA
- Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu dan naik bau.
- Kemudian kisar hingga halus, dengan sedikit air dan minyak gorengan tadi.
- Tuangkan bahan kisar di dalam mangkuk. Masukkan daging dan daun kari. Perap selama selama 30 minit.
- Panaskan kuali, tumiskan rempah empat sekawan sehingga wangi. Masukkan daging yang diperap tadi, kentang, serai, sos tomato, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Masak menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.
- Apabila daging dan kentang sudah empuk, masukkan gula merah, gula dan garam secukup rasa.
- Jika sudah sebati rasanya. Padamkan api. Angkat dan hidangkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Di kuali lain, panaskan minyak, tumiskan bahan C sehingga kekuningan.
- Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk daging tadi. Enak dihidangkan bersama roti dan nasi.