BAHAN

½ ekor ayam

 

BAHAN A

1 sudu besar cili kisar

2 sudu besar madu

2 sudu besar minyak jagung

½ sudu kecil serbuk pati ayam

Garam

 

BAHAN B – KISAR

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

2 batang serai

3 cm halia

3 cm kunyit hidup

3 cm lengkuas

 

AIR ASAM BUDU

 

BAHAN KISAR

5 tangkai cili padi – kisar

2 tangkai cili merah – kisar

Sedikit belacan bakar – kisar

1 labu bawang besar – hiris nipis

1 biji tomato – hiris nipis

2 tangkai cili padi – hiris

1 tangkai cili merah – hiris

Sedikit air asam jawa secukupnya

1 biji  limau kasturi – ambil jus

½ sudu besar sos ikan

2 sudu besar budu

Garam dan gula

 

CARA

  1. AYAM PANGGANG : Perap ayam dengan bahan A selama 10 minit. Ketepikan.
  2. Kisar halus ke semua bahan B. Kemudian gaulkan dengan ayam diperap selama 3 jam.
  3. Panggang ayam menggunakan pemanggang ajaib pada suhu 180°C sehingga masak.
  4. AIR ASAM BUDU : Satukan ke semua bahan air asam budu dan sebatikan rasa.
  5. Setelah siap air asamnya, simpan seketika di dalam peti sejuk.
  6. Hidangkan bersama ayam panggang mengikut kreativiti anda.