MI UDANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

600 gm mi kuning – celur

 

BAHAN KUAH

15 ekor udang kertas

5 ekor udang segar – kisar

2 biji ubi keledek – rebus & kisar halus

5 ulas bawang merah – kisar

3 ulas bawang putih – kisar

3 cm halia – kisar

1 batang serai – ketuk

1 batang serai – kisar

2 sudu udang kering – kisar

2 sudu besar cili kisar

1 sudu besar  pes tomyam

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar  sos tomato

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besarsos ikan

Sedikit minyak untuk menumis

Air secukupnya

Garam dan gula

 

BAHAN SAMPINGAN

Sedikit sayur sawi – celur

2 biji telur rebus

1 tangkai cili merah – hiris

1 tangkai cili hijau – hiris

Sedikit bawang goreng

 

CARA

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering, udang segar dan serai. Setelah ditumis wangi, masukkan ubi keledek dan sebatikan.
  3. Masukkan serai, pes tomyam dan air, mengikut kepekatan yang di inginkan.
  4. Setelah mendidih, masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, gula dan garam. Sebatikan rasa.
  5. Akhir sekali, apabila kuah mendidih barulah masukkan udang. Biarkan udang masak seketika. Tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.

PESAN SAJI : Selain ubi keledek, boleh juga gunakan ubi kentang untuk kuahnya. Jika kuah terlalu cair, bancuh satu sudu besar tepung jagung.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan