AKOK BERLAUK

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

300 gm daging

2 cawan tepung gandum

1 sudu besar rempah kurma

10 biji telur

5 ulas bawang merah – cincang

1 ulas bawang putih – cincang

3 sudu besar gula

Sedikit garam

4 sudu besar minyak masak

 

CARA

  1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  2. INTI : Daging disiat- siat halus. Panaskan minyak,tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah kurma sehingga naik wangi. Selepas itu, masukkan daging, gula dan garam. Masak sehingga kering. Ketepikan.
  3. Ambil acuan, panaskan atas dapur dengan api yang agak perlahan.
  4. Tuangkan separuh adunan, biarkan selama 5 minit. Masukkan inti dan tuangkan separuh lagi adunan. Tunggu sehingga masak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan