BAHAN
10 biji telur itik – ambil kuning
500 gm gula
1 liter air
2 helai daun pandan – simpul
1 sudu kecil minyak masak
Sedikit pewarna kuning
CARA
- Masak air gula sehingga cair selama 20 minit. Ketepikan.
- Kuning telur dan sedikit pewarna kuning dipukul selama 5 minit. Kemudian tuangkan adunan kuning telur ke dalam kelongsong atau dalam bekas berbentuk kon.
- Jala adunan di dalam air gula yang sedang mendidih. Kemudian angkat adunan, menggunakan lidi sate dan tuskan. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.