NASI BRIANI PULAU MUTIARA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 1kg beras basmathi
  • 20 gm  gm rempah briani
  • 1 tin susu cair
  • Air
  • 1 cawan  campuran minyak sapi dan minyak jagung
  • 1sudu kecil serbuk pewarna kuning
  • Gula dan garam

BAHAN B

  • 1 sudu besar halia tumbuk
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 1 labu  bawang besar – hiris
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga

BAHAN C

  • Daun bawang,daun sup,daun pudina dan daun ketumbar
  • Bawang goreng, gajus dan kismis

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan tumis lagi.
  3. Tuangkan susu cair dan air mengikut sukatan sama dengan beras.
  4. MAsukkan garam dan gula. Setelah mendidih masukkan beras dan biarkan nasi tanak.
  5. Bancuh pewarna dengan sedikit air dan titiskan di atas nasi yang sudah kering, biarkan sehingga nasi masak barulah digaul.
  6. Taburkan bahan hiasan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan