AYAM KOMBO CILI KERING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

500 gm isi ayam

50 gm tepung ubi

1 labu bawang besar – potong empat

2 sudu besar sos tiram

2 sudu  besar sos tomato

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu kecil cuka

10 tangkai cili kering – goreng

 

BAHAN KISAR

50 gm cili kering

100 gm bawang besar

4 ulas bawang putih

4 cm  halia

 

CARA MENYEDIAKAN

1.Isi ayam dihiris nipis dan gaulkan dengan tepung ubi. Goreng hingga garing.

2.Tumis bahan-bahan kisar  hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, minyak bijan, cuka, bawang besar, gula dan garam secukupnya.

3. Tunggu hingga pekat dan taburkan daun bawang dan cili kering yang telah digoreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan