BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
Minyak
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 batang serai – titik
2 kuntum bunga lawang
2 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
10 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR A
2 biji tomato
BAHAN KISAR B
8 tangkai cili merah
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 cm halia
30 tangkai cili padi
CARA MENYEDIAKAN
- Tumis bahan-bahan kisar B dengan serbuk ketumbar bersama serai dan bunga lawang hingga pecah minyak.
- Masukan air dan bahan kisar A bersama sos cili dan sos tomato.
- Bila mendidih masukkan ayam dan biar hingga masak. Rasa garam dan gula.
- Sebelum diangkat, taburkan daun limau purut di atasnya.