KAMBING BRIANI D PAUH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 1kg daging kambing
  • 100gm rempah briani
  • 1 tin  susu cair
  • 1 cawan campuran minyak sapi dan minyak jagung
  • 1 cawan puri tomato
  • ½ cawan jus tomato
  • 5 tangkai cili hijau
  • 50 gm kerisik
  • 100 ml santan
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
  • Garam dan gula

 

BAHAN KISAR

  • 7 cm halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 50 gm lengkuas
  • 3 batang serai

 

BAHAN C

  • Daun bawang, daun sup ,daun pudina dan daun ketumbar
  • Bawang goreng

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah briani  dan rempah 4 sekawan, dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Tuangkan susu cair.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga daging kecut dan empuk. Anda boleh tuangkan sedikit air untuk mengempukkan daging.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan