GULAI DAGING D MUARA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

  • 1kg daging
  • 1 cawan minyak
  • 100gm rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili atau 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 cawan bancuhan air asam jawa
  • 1 liter santan cair

 

Bahan B

  • 10 ulas bawang merah – hiris
  • 7 ulas bawang putih – hiris
  • 7 cm  halia – hiris
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih
  • 4 tangkai daun kari

 

Bahan C

  • 500 ml santan pekat
  • 50gm kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan kesemua bahan Bdan tumis sehingga keperangan.
  3. Masukkan rempah kari yang telah digaul dengan air. Masak atas api perlahan sehingga pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  5. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  6. Masukkan santan cair. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama setengah  jam atau hingga daging empuk.
  7. Akhir sekali masukkan kesemua bahan C dan kentang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan