BAHAN-BAHAN:
2 bungkus sup bunjut
2 labu bawang besar – belah 6
4 ketul ayam atau daging
1 sudu besar rempah bariani
2 cawan beras basmathi
1 labu bawang besar – potong dadu
4 sudu besar minyak sapi – untuk menumis
1 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Rempah bunjut sup tulang – kisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus
3 cawan sup tulang
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
- Beras direndam selama 20 minit dan tos kan.
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut yang dikisar hingga garing.
- Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika 5 hingga 10 minit.
- Beras dan ayam perap diselang selikan dalam periuk.
- Apa bila sudah kering boleh letakkan pewarna kuning dan biarkan seketika tanpa dikacau. Tunggu sehingga nasi masak.