BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
BAHAN PERAPAN:
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 labu bawang besar
15 ulas bawang putih
2 cm hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 ikat daun pudina
2 biji lemon
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
2 sudu besar sos tiram
Sedikit pewarna merah
CARA MENYEDIAKAN:
- Cara membuat tairu, potong lemon dan gunakan setengah sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Boleh juga gunakan yoguht biasa sahaja.
- Cara membuat bahan perapan, campurkan kesemua bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
- Selepas itu, sediakan ayam dan lumurkan bahan perapan.
- Perapkan ayam di dalam bekas selama 5 jam atau semalaman.
- Kemudian bakar di dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 1 jam.