Nak Makan Atas Meja Ke Pinggan?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Aduh, pening kepala memikirkan mana satu cara yang seronok nak menjamu selera di sini. Makan atas pinggan…too mainstream. Kalau begitu, SAJI pilih makan atas mejalah. Bersedialah untuk comotkan jari.

Mungkin nampak sama, namun sama tak semestinya serupa. Merecik air liur melihat menu yang sudah dihidangkan. Tak sabar rasanya tangan nak meratah. Hidangan laut bagaikan memanggil-manggil.

Apa yang pasti, setiap menu yang terhidang di depan mata cukup membuka selera. Cukup kena dengan tekak orang kita.

Menurut pemilik, Asrul Husni Husain dan Rahimah Abdul Rahim, My Story Café memberi peluang kepada keluarga dan anak-anak kecil untuk menikmati waktu makan berkualiti. Malah terdapat pelbagai pilihan menu yang sudah pastinya memberikan variasi dalam memenuhi selera.

“Kadang kala bukan semua pelanggan sukakan makanan laut, jadi mungkin ianya membantutkan selera. Sebab itu, kami tawarkan pilihan menu yang pelbagai untuk semua peringkat umur”.

Melihatkan hidangan yang terbentang di atas meja, fuhhh..cukup menguji iman. Apa tidaknya, hidangan yang diberi nama Jari Comot ini dimasak ala kampung. Memang sampai menjilat jarilah nampaknya.

Sedap. Sedap. Sedap. Memang tak pandang kiri kanan lagi bila sudah mulakan langkah. Udang Garlic Butter memang UMPHHH!!! Itu sahaja yang SAJI hadap sejak mula.

Nampaknya SAJI tersilap langkah, paduan Udang Garlic Butter dan Flower Crab Shoot Local Chili memberikan satu letupan gunung berapi dalam mulut. Enaknya hanya SAJI yang tahu. Memang habis licin tanpa sebarang kesan…hahaha

Mata beralih pula kepada Ketam Gergasi. Memang menggoda rasa. Menikmati King Crab Leg Shoot Local Chili, terasa indahnya momen ini. Isinya sedikit kenyal dan terasa kemanisan di setiap kunyahan. Dan selepas itu beralih pula kepada Bamboo Lala Curry Rio. Lazat oiiii.

Bila terlampau sedap macam ini, memang buang masa pakai sudu. Kaut sahaja dengan tangan. Tangan kanan punya enzim untuk kesihatan badan. Jadi tak payahlah bersudu garfu…hehehe

Memang puas hati tahap maksima hingga ke langit ketujuh! SEDAP. ENAK. LAZAT. SEGAR! Dan ianya 100 peratus halal dan milik bumiputera.

Kadang kala bila memikirkan anak, hasrat untuk makan di luar bagaikan terbantut. Bukannya tak sayang anak kak oi…tapi kadang kala orang sekeliling tidak faham karenah anak kecil. Bukan boleh diduga. Betul kan ibu-ibu?

Jadi disebabkan itu, My Story Café menyediakan ruangan VVIP khas untuk kanak-kanak di sudut paling selesa. Nak conteng? Nak sepahkan barang? Nak membaca buku? Haaa…inilah tempatnya. SAJI berani memberi jaminan, ruangan ini sangat praktikal dan sudah terbukti di depan mata. Selesai makan, ibu boleh berbual dengan rakan dengan selesa, anak-anak pula terus leka dalam dunia mereka di ruangan ini.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan