BAHAN KULIT
3 cawan tepung gandum
1½ cawan air
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
1 bji telur
Garam
BAHAN INTI
500 gm daging kisar
6 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – potong dadu
1 cm halia – tumbuk
½ sudu besar rempah beriani
½ sudu besar rempah kari
4 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak sapi
Sedikit keju cheddar
Garam
BAHAN JERUK BAWANG
2 labu bawang besar- hiris nipis
2 tangkai cili merah – hiris nipis
1biji limau kasturi – perah ambil jus
Sedikit cuka
Sedikit perasa rose
Sedikit pewarna merah
Gula dan garam
CARA
- KULIT : Satukan ke semua bahan kulit, kecuali air tuang sedikit demi sedikit.
- Uli doh sehingga tidak melekat pada tangan. Uli bentuk bebola dan letakan sedikit marjerin pada bebola agar doh bercantum. Perap bebola doh selama 4 jam.
- BAHAN INTI : Tumis bawang putih , halia dengan minyak sapi, rempah beriani, rempah kari dan serbuk kunyit sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging, biarkan ia masak seketika. Masukkan bawang besar dan gaulkan sebati dengan daging.
- Tambah sedikit lagi serbuk kunyit, rempah kari dan rempah beriani serta garam secukup rasa.
- Pecahkan telur, kacau sebati. Kacau sehingga inti masak.
- Ambil bebola doh, tebar lebar. Letakkan inti dan taburkan keju cheddar. Lipat empat segi, masak di atas kuali leper sehingga masak.
- JERUK BAWANG : Satukan ke semua bahan jeruk bawang dan gaul sebati. Sebatikan rasa antara manis dan masam. Simpan seketika di dalam peti sejuk, sebelum dihidangkan.