BAHAN
250 gm tepung serbaguna
250 gm mentega
200 gm gula
5 biji telur ayam
30 gm serbuk penaik
30 gm ekstrak vanila
1 biji parutan lemon
50 ml susu segar
BAHAN KRIM
200 gm krim keju
150 gm gula aising
100 gm mentega
50 gm jus lemon
2 biji parutan lemon
CARA
- KEK : Satukan mentega, gula dan pukul sehingga kembang.
- Masukkan telur ke dalam adunan, sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik, kemudian masukkan kedalam adunan. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan perahan jus lemon,susu segar dan parutan lemon. Kacau lagi hingga sebati.
- Tuang adunan kedalam acuan. Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 180°C bergantung pada saiz acuan yang di gunakan.
- KRIM : Satukan keju,gula aising, parutan kulit lemon dan mentega. Pukul sehingga kembang.
- Setelah kek masak, sejukkan. Hiaskan krim pada kek mengikut kreativiti anda.